Thursday 12 October 2023

Kerja dan Kerja

Assalamualaikum adn hi all readers ! Wahh tak sangka readers! even tak ramai huhu and tak sangka ada lagi orang baca blog. Bagus bagus. Membaca amalan mulia, amalkan habit membaca ni guys. Btw, korang apa khabar? Semoga readers yang hadir kat blog aku ni sentiasa diberikan kesihatan, amin. 



ni la aku sekarang ! makin BESAR ! hahah ye besar dari pelbagai segi hahah. sebelum ni citer zaman belajar je kan.  aku dah keje dah guys alhamdulillah. aku rasa mcam ada citer pasal tempat keje aku. tpi tapi kali ni aku citer details sikit kot. just nak share kat korang je. yang baik jadikan contoh yang buruk jadikan pengajaran okey 👍

aku lepasan Uitm, Degree level. Degree apa ? Degree dalam bidang international business la senang citer. okey pastu keje ? dengan harapan keje kat Perlabukan ke kan, haha tpi takk, aku sebenarnya belajar business ni sebab nak ada business sendiri la. kenapa aku international pun aku tak sure pada awalnya. tpi not bad la, banyak gak la benda yang aku belajar tpi tu la. ahahh aku mcm tk sampai level boleh manfaat kan ilmu tu. hadoiiii jangan cakp aku sia2kan ilmu tu eh, ada je part2 dalam ilmu tu aku guna masa keje cuma tak la 100%. okey keje apa lepas degree? banyak ! hhahah ye aku tukar2 keje. aku grade klau tak silap 2020. hah lebih kurang la 


belanja sikit la eh gambar konvo, yang kene tunggu 2 tahun hahah. *konvo postponed sbb Covid !*


okkey. 1st job aku, actually business sendiri, aku start dah business aku masa Intern. Sbb masa intern 3 bulan aku rasa lepas tu dah start Covid, masa intern je dah nampak dah liku2 kehidupan ! Start intern, pastu tiba2 kan Covid, ni 1st covid case and 1st PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). The sad part is aku tinggal 2 bulan kot untuk habis intern, nak tau apa jadi, aku kene berhenti. wei intern ni ibarat finish line untuk degree aku. klau tak intern, tak leh grad. kau rasa? ye masa tu aku mcm serious ar, takkan sebb covid intern takleh habis aku kene extend sem kot. masa tu ramai la yang bersuara and tak puas hati. and masa tu lecturer pun kelam kabut juga. so, masa tu diorg kata kita org kene terima untuk extend sem tpi dalm siji dia tak tulis gagal la. anddddddd ramai tak setuju. sbb tinggal intern je korng. what happen next is diorg minta la student2 ni try discuss dgn majikan tmpat kitaorg intern tu boleh tak work from home "WFH", okey masa ni hati dah tenang dah. aku pun fikir, nothing serious. Lepas aku cakap dengan manager depart. aku pasal isu ni and request for WFH since tinggal bape bulan je lagi nak habis intern kan, korang nak tau apa manager aku cakap? dia kata WFH is not work ! sbb apa, sbb aku tak belajar apa2 pun dari WFH tu so tak function pun intern aku and dia takleh nak evaluate aku klau aku WFH. aku dah panas ! aku pun berbudi bahsa minta budi bicara hah kau, dia still keras korang! 



ni la time2 masa awal start buat business. lurveee

disebabkan manager aku dah kata begitu aku pun go back to my lecturer la, bagitahu pasal ni, at first lecturer aku kata takleh nak buat apa la klau macm tu, and ramai juga senasib mcm aku. then diorg pun berbincang and finalise yang student tak dapat wfh dari company intern masing2 boleh habiskan course intern tu dengan buat extra report mcm thesis tapi more simple and related to your intern punya company, cth klau company aku jual baju so aku kene la buat thesis yang related to this industry. Nampak simple tapi tidakkk. sbb sem tu pun kita org kene buat thesis. parah ni guys. taak la sgt, sbb aku actually bersyukur dalam ujian macm ni aku dikurniakan lecturer yang baik ! and very helpful. Thank you madam. 

okey kan covid and PKP, korang tau je la time tu challenging and WAJIB duduk rumah. hah aku pun tiba2 dikurniakan idea hahah, aku start business jual getah rambut. my very own product la. brand sendiri koranggg. hah pasal business ni aku citer lain la eh. 

okey lepas habis intern, 



ni time keje as sales girl. hahah best sbb masa ni aku masih extrovert hahaha.

aku keje as salesperson kat one of the jeweleries kat The Gardens Mall. *aku tak mention nama company tau, tau2 je la kang aku tersalah kang tak pasal2 je* Ni pun parah gak la. aku start tu dapat juga la akak senior yang baik. and masa tu aku kira yang terpaling junior and aku sorang je. and akak manager yang baik. korang rasa bape lama aku keje ? hah tak sampai 1 bulan korang. sbb apa sbb PKP again. aku rasa aku start keje masa new year, pastu seminggu lebih sikit je kot aku keje tak sampai sebulan la yang penting. gila en. tu bukak aku yang minta pindah tapi, sbb PKP.  2nd PKP ni aku rasa sama juga kene tutup semua. mall tak bukak and duduk rumah. keje retail masa tu focus offline sale and mana ada tiba2 staff showroom masuk online plak kan. soo faham2 je la dah la baru so yeah diorg pun buat budi bicara dengan aku, diorg tak mention berhenti terus tapi rehat sementara mall tutup and yang tau masa tu PKP bukn seminggu geng, berminggu2 macm mn aku nak hidup geng. and nak buat macm kan aku cari jela keje lain. 

oh aku lupa, masa lepas intern, aku memang tak cari keje betul2 lagi, kira plan nak start dari bawah, try semua keje yang biasa2. plan gitu la. korg tau tak aku jadi rider food panda, hahaha tpi bukan motor yang hantar pakai basikal dgn skuter tu, so takyah lesen motor sbb aku pun takde, hah tu pun nak merasa je la. weiii apa la yang aku fikir masa tu ekkk. okeyyy keje tu pun kejap jeeee sbb aku dapat job lain and tbh aku takleh doh, penat wei hahahah hasilnya biasa2 je since aku bawa basikal so cepat la penatnya. pancit saya.

then ada sorg artis dia baru start business and perlukn staff tapi as driver, business dia more to pakej2 pantang la, urut2 gitu. so diorg buat service door to door and masa tu pulak urgent nak org annnddd HQ diorg dekat gila dengan umh aku. so aku buat part time as driver. hahah driver plak dahhh kan. actually, aku try je apply since diorg dekat je dgn umah and masa tu memng takde pun lagi apply mana2. and yang kelakar, and terkejut aku terus dpat call and time tu malam ye uolllss. rupa2 macam pergi interview pukul 10 malam tu sbb diorg urgent nak caari driver sbb driver diorg lari. okey kat situ aku takde fikir pape yang negative sbb retis kan. okey bila dah keje baru aku faham kenapa driver lari. pengalaman aku kat sini banyak sbb aku keje dgn diorg lama la juga, lepas driver aku jadi admin cum accountant kira2 gaji, claim and lain2. sbb masa aku jadi driver tu aku pinjam kereta je hahah. lepas aku tgk keadaan company tu takde management aku pun offer nak tolong sementara cari keje lain. banyak la juga aku belajar. 

after tu baru aku keje salesperson tu, 

okey masa aku cuti pkp tu, aku dapat call dari akak senior masa aku intern, sbb ... okey taknak riak, tapi akak tu sendiri contact aku tanya aku dah keje ke, aku cakap belum and juga terpaksa cuti tanpa gaji. since aku takde sign apa2 contract so aku free to keje lain. akak tu pun tolong la aku dapatkan keje kat tempat intern tu. disebabkn aku perlukan duit untuk terus kan hidup hah, aku pun apply through HR and juga akak tu tolong. Walaupun aku tau tempat tu mcm mn masa intern. kat company baru ni, bnayk juga aku belajar pasal manusia. perangai diorg. and tbh tempat tu best tapi org2 department tu sgt not okey. boleh dikira as toxic la juga. okey toxic2 pun aku keje dekat 1 tahun juga la. mcm bisa tempat tu tak la suka dgn konsep WFH, lagi2 department aku, so dtg keje mcm biasa tapi tak semua staff dtg untuk keje, tapi team aku kene dtg hari2 special sikit sbb kitaorg dapat tugas baru untuk tolong online shop. okey la tu kan. time ni best sbb tak brg org2 toxic kje. geng2 aku je la hahahha yng single2 yang belum ada family lagi, hah maksudnya duduk sendri and muda2 la yang pasti. sbb kita org less risk la untk kene Covid. ye diorg tak fkir pun pasl staff ni hah keje la juga walaupun covid. tapi tak pe la, nama pun keje, aku keje je selagi aku rasa selmat. and aku pun duduk sendiri balik umah takde org tua. so selmat. best keje dengn team yang best. cukup setahun aku pun berhenti, aku dah mula nak explore benda baru 

okey lepas berhenti keje ni, lagi bnayk ye dugaan tu. Tpi aku yakin ada hikmah. okey aku dapat keje kat small business, diorg jual baju. aku suka concept business dia. and surprisingly, boss aku muda wei dari aku. muda2 dh ada business and dah boleh hire org tau. she's so genius ! tapi sama je aku keje sekejap sbb apa sbb aku sendiri sebenarnya, tak reti bersyukur. ehmmm my mistake kat sini. tpi best sbb edit poster edit2 gambar edit2 video lurveeeee. tpi aku belum cukup power la dlm bidang ni, sbb position aku junior marketing. ermmmmmmm sedih. boss baik dah .. okey kat company ni aku belajar bnayk benda juga pasal business and aku kenal dgn keje "Content Creator" yessss. masa belajar takde pun aku belajar benda2 ni. memnag dalam business ni kau kene rajin and bijak. kat company ni aku keje mcm biskut gak, kejap benti pastu dtg balik keje . aku pun tak faham dgn aku. 

okey then aku pun keje kat another retail and clothing business tapi diorg more focus on hijab. kat sini pun kejap je aku keje. sbb manager aku toxic, aku penat betul kje best tapi jumpa org toxic. ye aku lemah korang. mungkin korg rasa apa eh masalah aku sebenarnya. aku takleh keje klau aku tak suka. ermmm apo la aku ni. mohon dinasihati guyssss. ookeyyy kat company ni pun banyk expose pasal business. ilmu yang dapat tu bagus gila. tapi tu la tuuuuu. bukan manager je, aku di palau kan, maybe sbb aku ni kira fresh gila la dalam bidang aku tu. ouh btw dalam company aku jadi content creator hahaha. terus kau.. tapi bagus arr sbb perlu juga ilmu tu untuk business tu.. 

lasttttly, ni last insyaallah sebelum aku jadi full time business women, amin. ni currently la tau, kat sini keje tak banyak boss baik, environment terbaik hahah sbb tak bnyak staff pun. sgt sgt sikit. so aku keje individually la. sbb department aku takde team. aku sorg je. dia sdn bhd tapi tak besar. tempat keje best, selesa. yang penting rezeki boss baik. ouhhh btw keje ni aku tak pergi interview wei, sbb kawan aku keje sini and dia nak berhenti so aku try je lah. pastu terus dtg belajar and member aku explain pasal skop keje next week tu aku start keje. tapi sini gaji sgt sikit. and this time aku belajar untuk bersyukur. Alhamdulillah Allah bagi aku ketenangan walaupun hidup cukup2. plus aku active balik aku punya business. Alhamdulillah. 

dan akhir kata...

dalam hidup kita kene bersyukur. Insyaallah kau akan rasa cukup. mungkin belum mewah, and mungkin biasa2 tu lagi bahagia. apa pun pekerjaan kita lakukan dengan ikhlas dan klau korag rasa banyak toxic, minta kat Allah jalan yang terbaik, banyak doa la citer dia Insyaallah. soo jagn lupa ucapkan Syukur and #syukurselalu. 


okey tu je blog harini, if ada ayat yang mcm tak faham tu, boleh tanya kat ruang komen okey. pastu klau ada typo2 tu mohon maaf ye. 

XOXO 
N.S.











Makin Dewasa

 Assalamualaikum and happy friday Alhamdulillah masih sihat and happy. Terima kasih ya Allah atas nikmat ini. Semoga lebih bersyukur. Amin. ...